Tiga lelaki ditahan bergaduh di depan hotel ada 25 rekod jenayah

9 Aug 2026 • 12:11 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tiga lelaki ditahan bergaduh di depan hotel ada 25 rekod jenayah

JOHOR BAHRU: Tiga lelaki tempatan yang terlibat dengan pergaduhan dalam video tular di hadapan sebuah hotel di bandar raya ini, kelmarin ditahan di lokasi sama petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Azrul Hisham Mohd Shaffei berkata, pihaknya mengesan video tular itu pada pukul 12.55 tengah hari sebelum tindakan susulan diambil.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 petang berpunca daripada rasa tidak puas hati dan beberapa individu terbabit berada dalam keadaan mabuk.

“Susulan maklumat diterima, pihak polis telah menahan ketiga-tiga lelaki berusia antara 35 hingga 56 tahun di hadapan hotel berkenaan kira-kira pukul 3 petang semalam,” katanya dalam kenyataan.

Azrul Hisham berkata, semakan rekod jenayah lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai 25 rekod berkaitan kesalahan jenayah dan dadah.

Katanya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati ketiga-tiga suspek bagaimanapun negatif dadah.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh bersenjata dan Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana gagal mengemukakan kad pengenalan.

“Polis sedang giat mengesan suspek lain yang dipercayai terbabit dalam kejadian berkenaan,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Hotline IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323.-UTUSAN

 

The post Tiga lelaki ditahan bergaduh di depan hotel ada 25 rekod jenayah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved