Anak ketakutan, pemandu Ferrari harap penyerang fikir nasib keluarga

LocalFamily & Parenting
9 Aug 2026 • 7:13 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anak ketakutan, pemandu Ferrari harap penyerang fikir nasib keluarga

PETALING JAYA – Kejadian dipukul di tengah Lebuh Raya Utara-Selatan bukan sahaja meninggalkan kesan kepada dirinya, malah membuatkan anak kecil pemandu Ferrari itu ketakutan.

Ahli perniagaan, Tiang How Soon, 40, berkata, dia berharap lelaki yang menyerangnya dalam insiden yang tular itu mengambil iktibar dan memikirkan nasib keluarga sebelum bertindak secara melulu.

Menurutnya, lebih menyedihkan apabila kedua-dua pihak sebenarnya membawa keluarga masing-masing ketika kejadian.

“Saya tengok dalam kereta dia pun ada keluarga, dia pun ada bawa anak kecil. Jadi sepatutnya dia boleh berbincang dengan saya.

“Kalau kes kecil macam ini dia pukul orang sampai mahu masuk penjara, berbaloi kah? Kasihan pada keluarga dia nanti,” katanya, di sini, hari ini.

How Soon berkata, kejadian itu berlaku ketika dia bersama isteri dan anak dalam perjalanan menyertai konvoi kereta ke Melaka.

Katanya, mereka ketinggalan selepas keluar dari sebuah stesen minyak sebelum dia berdepan situasi sebuah kenderaan berhenti secara mengejut di hadapan.

“Saya cuba brek tetapi saya risau tidak sempat berhenti dan melanggar kereta depan, jadi untuk elak kemalangan lagi besar sebab itu saya tukar lorong.

“Saya tengok cermin sisi saya nampak Perodua Aruz itu ada jarak lebih kurang dua ke tiga kereta lagi. Jadi saya berhenti di lorong tengah dan kereta dia sampai, tak ada kemalangan pun tetapi dia marah-marah, dia jerit dekat bahagian penumpang saya,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan polis sedang mengesan pemandu Perodua Aruz yang disyaki memukul pemandu Ferrari dalam kejadian pergaduhan di tengah Lebuh Raya Utara-Selatan yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya, dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 6.40 petang daripada salah seorang pemandu yang terbabit.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

The post Anak ketakutan, pemandu Ferrari harap penyerang fikir nasib keluarga appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved