Tiga lelaki Rohingya ditahan bantu siasatan kes tular di Chukai

9 Aug 2026 • 1:56 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tiga lelaki Rohingya ditahan bantu siasatan kes tular di Chukai

KEMAMAN: Polis menahan tiga lelaki berketurunan Rohingya bagi membantu siasatan berhubung kes tular mengenai sekumpulan individu yang berkumpul di kawasan hadapan Flat Kampung Enjin Gergaji, Chukai, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, kejadian berkenaan menjadi tular dalam media sosial selepas orang ramai dilihat berkumpul di lokasi berkenaan kira-kira pukul 8.30 malam, sebelum dikaitkan dengan aspek berketurunan Rohingya.

Katanya, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak berasas berhubung kes berkenaan kerana siasatan masih dijalankan.

“Polis mengesahkan menerima aduan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan serta tiga lelaki berketurunan Rohingya ditahan bagi membantu siasatan. Siasatan masih lagi terbuka untuk mengenal pasti aspek lain yang mungkin berkaitan dengan kes ini,” katanya hari ini.

Mohd. Razi berkata, polis memerlukan ruang dan masa secukupnya bagi melengkapkan siasatan sebelum sebarang tindakan lanjut diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan media sosial supaya tidak menjadi punca tercetusnya situasi panik, tidak harmoni atau menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

Katanya, semua maklumat yang diperoleh perlu disahkan terlebih dahulu dan diyakini kebenarannya sebelum disebarkan.

“Polis juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan yang terburu-buru ke atas mereka yang berketurunan Rohingya dan secara tidak langsung menjuruskan mereka dalam jenayah. Polis pada bila-bila masa bersedia untuk mendengar dan memberikan penjelasan berhubung kes ini,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan diminta menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di talian 09-8592222 atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Mohd Hadaza Mat Amin. – UTUSAN

 

The post Tiga lelaki Rohingya ditahan bantu siasatan kes tular di Chukai appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved