Tiga lelaki selamatkan doktor wanita terlibat kemalangan

9 Apr 2026 • 4:19 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Tiga lelaki bertindak pantas menyelamatkan seorang doktor wanita selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam longkang besar di sepanjang Jalan Lintas Kepayan, di sini, pada Rabu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi apabila mangsa yang memandu sebuah Perodua Myvi dipercayai dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) menuju ke Lido.

Kenderaannya dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah trak tunda.

Impak perlanggaran itu menyebabkan kereta terbabit hilang kawalan, terbabas ke laluan bertentangan sebelum terjunam ke dalam longkang besar di tepi jalan.

Pemandu trak tunda yang menyaksikan kejadian itu segera berhenti untuk membantu dan cuba memanggil mangsa namun tidak mendapat sebarang respons.

Keadaan itu menarik perhatian tiga lelaki yang kebetulan melalui kawasan berkenaan, lalu mereka segera turun ke dalam longkang bagi membantu mangsa yang terperangkap.

Mereka berjaya menarik keluar mangsa dari kenderaan yang hampir tenggelam dalam air.

Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.