Tiga maut dilanggar lori imigresen: Bedah siasat mangsa selesai

19 Aug 2026 • 6:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tiga maut dilanggar lori imigresen: Bedah siasat mangsa selesai
Kenderaan membawa jenazah tiga sekeluarga yang maut dalam kemalangan keluar dari IPFN HKL pada Rabu.
Image from: Tiga maut dilanggar lori imigresen: Bedah siasat mangsa selesai
Shaik Mohd Firdaus (berdiri, dua dari kiri) dan dua anaknya Siti Nor Sazlin (duduk, kanan) serta Siti Darwisyah (duduk, kiri) maut dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail awal pagi Rabu.

KUALA LUMPUR - Jenazah tiga sekeluarga yang terlibat kemalangan dipercayai dilanggar lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Jalan Sultan Ismail di sini selesai dibedah siasat di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur di sini pada Rabu.

Tinjauan Sinar Harian mendapati ahli keluarga mangsa hadir dan kelihatan sebak ketika menunggu proses berkenaan selesai.

Tiga van jenazah milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sentuhan Setia Kasih dilihat memasuki pekarangan IPFN pada kira-kira jam 5.30 petang.

**media[3620101]**

Van tersebut keluar membawa ketiga-tiga jenazah mangsa pada jam 5.45 petang.

Difahamkan, semua jenazah akan disolatkan terlebih dahulu di Masjid Jamiul Ehsan, Jalan Pahang di sini, sebelum dibawa ke Kampar, Perak.

Tiga maut dilanggar lori imigresen: Identiti mangsa dikenal pasti - Polis

Tiga maut dilanggar lori imigresen: Mangsa berada di kawasan selamat sebelum dirempuh - Polis

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak dalam satu liang lahad.

Insiden kira-kira jam 1 pagi di persimpangan Maju Junction itu menyebabkan Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlim, 25 dan Siti Darwisyah Auni, 12 maut di lokasi kejadian.

Seorang lagi mangsa iaitu Norhayati Razali, 55, merupakan isteri kepada Shaik Mohd Firdaus pula mengalami kecederaan dan kini sedang dirawat di HKL.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved