Tiga maut jatuh gaung, lori dinaiki terbalik

15 May 2024 • 4:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tiga mangsa tercampak dan jatuh ke dalam gaung selepas lori dinaiki terbalik.

image is not available
Ketiga-tiga mangsa yang berusia 40 an itu dikatakan meninggal dunia di lokasi kejadian.

GUA MUSANG - Tiga lelaki maut dipercayai tercampak dan jatuh ke dalam gaung apabila lori dinaiki mereka terbalik di Projek Di Raja Lojing di sini pada Rabu.

Ketiga-tiga mangsa yang berusia 40 an itu dikatakan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Nik Mohd Fakri Mohd Nawi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada jam 10.40 pagi.

"Sejurus tiba di tempat kejadian, dipercayai terdapat tiga mangsa tercampak dan jatuh ke dalam gaung," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, operasi menyelamatkan telah dilakukan dan kesemua mangsa berjaya dibawa naik pada jam 2.22 petang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!