Pemandu lori kontena maut, kenderaan jatuh gaung 20 meter

31 Aug 2026 • 4:02 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Pemandu lori kontena maut, kenderaan jatuh gaung 20 meter

GUA MUSANG, 31 OGOS: Pemandu lori kontena maut selepas kenderaan itu terbabas sebelum jatuh ke gaung sedalam 20 meter berhampiran Ladang Serasa di sini, pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang PBK II Nurhidir Kasim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.11 pagi dan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 65 kilometer dari balai bomba itu.

“Anggota perlu menggunakan kren daripada pihak swasta untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan tersebut.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan dan operasi ditamatkan pada 12.29 tengah hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved