Tiga negara dalam senarai sistem peluru berpandu untuk LCS - Khaled Nordin

LocalPolitics
19 Sep 2026 • 4:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tiga negara dalam senarai sistem peluru berpandu untuk LCS - Khaled Nordin
Mohamed Khaled menyampaikan skrol pelantikan kepada Ketua Tim Nukleus Angkatan Siber Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Brigadier Jeneral Datuk Abd Razak Sipit (tiga, kiri) pada Majlis Peluncuran Tim Nukleus Angkatan Siber dan Jelajah Wira MADANI sempena Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-93 di Helipad MPA Barat, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, pada Sabtu. Foto Bernama

LUMUT - Kementerian Pertahanan kini pada peringkat akhir untuk menyenarai pendek sistem peluru berpandu permukaan ke pemukaan dari tiga negara untuk kegunaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Tanpa mendedahkan tiga negara berkenaan Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, terdapat beberapa isu yang perlu dimuktamadkan, sebelum mendapat keputusan kerajaan.

"Kita sedang pada peringkat akhir, kita telah senarai pendek tiga surface to surface misile, dari tiga negara,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan pelancaran Tim Nukleus Angkatan Siber bersempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-93 Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini pada Sabtu.

Pada Julai, Malaysia memutuskan untuk menghentikan serta-merta sebarang perolehan peralatan atau kelengkapan pertahanan baharu dari Norway, susulan tindakan negara itu membatalkan lesen eksport sistem peluru berpandu yang diperuntukkan bagi LCS TLDM.

Keputusan itu dibuat susulan pembatalan lesen eksport sistem Naval Strike Missile (NSM), yang sebelum ini dirancang untuk dilengkapkan pada kapal LCS negara.

Sementara itu, mengulas mengenai kemungkinan negara memperoleh sistem peluru berpandu udara ke permukaan BrahMos dari India, beliau berkata, ia akan diserahkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk membuat kajian.

"Jadi kalau ada cadangan, kita serah kepada TUDM buat kajian, ada soal implikasi dan intergrasi sistem serta naik taraf sistem pada aset pertahanan TUDM, termasuk sistem kapal terbang jet Sukhoi.

"Dan tengok juga pada doktrin pertahanan kita, sebab yang kita ada tu jarak dalam tak lebih 100 kilometer, yang itu jarak 300 hingga 400 kilometer,” katanya.

Minggu lepas ketika lawatan ke New Delhi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa Malaysia sedang meneroka dan meneliti perbincangan awal untuk memperoleh sistem peluru berpandu krus supersonik Brahmos dari India. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved