Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

LocalEnvironment
28 Sep 2026 • 3:31 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 3 negeri sehingga jam 5 petang ini.

Hujan lebat petang ini

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Pahang, Sarawak dan Sabah.

“Di Pahang, daerah yang diramal hujan adalah Raub, Bentong dan Cameron Highlands. Manakala di Sarawak pula melibatkan kawasan Bintulu (Sebauh dan Bintulu), Miri dan Limbang (Limbang).

“Beralih ke Sabah, kawasan yang diramal hujan adalah Tawau, Sandakan (Tongod, Sandakan dan Kinabatangan), Pedalaman (Sook, Keningau, Membakut, Tambunan dan Pensiangan), Pantai Barat dan Kudat.

Baca juga:

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Image from: Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Kredit: Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved