Tiga peguam dilantik kendali kes dadah penyanyi dikir barat, lima rakan

LocalEntertainment
15 Jan 2025 • 4:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Penyanyi dikir barat, suami, antara 6 didakwa miliki, ambil dadah.

image is not available
Enam rakyat Malaysia termasuk penyanyi wanita popular Kelantan yang ditahan bersama dadah jenis pil kuda di Golok pada 1 November lalu.

image is not available
Keluarga kepada penyanyi wanita sohor Kelantan, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail berharap tiga peguam yang dilantik untuk mengendalikan kes perbicaraan di Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand dapat membantu menegakkan keadilan untuk artis tersebut.

KOTA BHARU - Keluarga kepada penyanyi wanita sohor Kelantan, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail berharap tiga peguam yang dilantik untuk mengendalikan kes perbicaraan di Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand dapat membantu menegakkan keadilan untuk artis tersebut.

Ahli keluarga terdekat penyanyi berkenaan yang enggan namanya dikenali berkata, pada masa sama mereka juga mahu keadilan sepanjang proses perbicaraan itu dapat diberikan kepada suami Eda Ezrin dan empat lagi rakannya.

"Besar harapan kami supaya peguam-peguam itu dapat mengemukakan bukti-bukti dan membawa saksi yang diperlukan untuk membantu proses perbicaraan itu nanti," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Menurutnya, ketika ini seluruh keluarga hanya mampu berdoa supaya prosiding perbicaraan itu berjalan lancar.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan penyanyi wanita sohor Kelantan dan lima lagi rakannya didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat atas dua kesalahan iaitu mengambil dadah dan memiliki 6,059 biji pil kuda.

Kesemua tertuduh iaitu penyanyi, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail,30, atau Eda Ezrin, Mohamad Alif Deraman, 33; Mohd Affendi Ahmad, 35, Nur Aida Mamat,33, Erdieka Mohd Noor, 32, dan Zuhaira Nasrin, 25, mengaku mengambil dadah di hadapan Hakim Yuan Khao Kham.

Bagaimanapun mereka tidak mengaku memiliki 6,059 biji pil kuda semasa ditahan di sebuah hotel di Golok pada 1 November lalu.

Sementara itu dua rakan Eda Ezrin, Erdieka dan Zuhaira mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu memasuki Thailand tanpa dokumen rasmi dan menduduki negara ini secara tidak sah.

Berkaitan tuduhan miliki pil kuda, hakim meminta kesemua tertuduh mengemukakan bukti dan saksi berhubung perkara tersebut.

Kesemua tertuduh diwakili oleh tiga peguam yang telah dilantik.

Mahkamah menetapkan 11, 13 dan 14 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Keputusan berkait kes ini dijangka akan diputuskan awal Mac depan.