Tiga pekerja pelantar minyak maut: Petronas sahkan insiden melibatkan pekerja kontraktornya

Local
25 May 2026 • 9:18 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tiga pekerja pelantar minyak maut: Petronas sahkan insiden melibatkan pekerja kontraktornya
Lokasi kejadian di Platform Sepat, perairan Terengganu-Kelantan pada Ahad.
Image from: Tiga pekerja pelantar minyak maut: Petronas sahkan insiden melibatkan pekerja kontraktornya
Image from: Tiga pekerja pelantar minyak maut: Petronas sahkan insiden melibatkan pekerja kontraktornya
Ahli keluarga mangsa kemalangan bot di luar pesisir Terengganu-Kelantan berada di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik HSNZ bagi menunggu proses bedah siasat dijalankan.

KUALA TERENGGANU - [DIKEMAS KINI] Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan insiden melibatkan tiga pekerja kontraktornya maut manakala seorang lagi cedera parah semasa kerja penyelenggaraan bot penyelamat di platform Sepat di perairan Terengganu-Kelantan semalam.

Dalam kenyataan pada Isnin, Petronas memaklumkan siasatan berhubung punca insiden sedang dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa yang berkaitan.

"Petronas merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga, rakan-rakan dan rakan sekerja mangsa yang meninggal dunia. Keutamaan segera syarikat ialah untuk menyokong kesejahteraan mereka yang terkesan,” menurut kenyataan itu.

Pada Ahad, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, kejadian berlaku pada jam 12.50 tengah hari semasa semua mangsa dipercayai menaiki sebuah bot penyelamat yang berada di atas platform untuk turun ke laut bagi menjalankan kerja penyelenggaraan di bahagian bawah platform itu.

Bagaimanapun, tali atau cangkuk yang dipasang pada bot itu dipercayai tercabut menyebabkan kesemua mangsa terjatuh ke dalam laut bersama-sama bot.

**media[3531832]**

Mereka yang maut ialah Ahmad Fiqri Zakaria, 38, dari Batu Berendam, Melaka; Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28, dari Kuantan, Pahang; dan Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 38, dari Bandar Indera Mahkota, Pahang.

Seorang lagi mangsa, Mohd Taufik Mohd Ruslan, 37, dari Banting, Selangor dilaporkan cedera parah dan masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini. - Bernama

 

 

View Original Article