
KEMAMAN – Tiga lelaki etnik Rohingya ditahan polis kelmarin bagi membantu siasatan kes jenayah seksual yang melibatkan seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) lembam.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, ketiga-tiga suspek berusia dalam lingkungan 19 hingga 28 tahun ditahan susulan aduan yang diterima pihaknya.
“Siasatan masih lagi dilakukan mengenalpasti suspek lain yang mungkin terlibat.
“Pihak polis masih meneliti kes ini dan memberi ruang kepada mangsa sebelum siasatan lengkap dijalankan memandangkan mangsa merupakan seorang OKU intelektual berusia 23 tahun,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu, lebih 30 orang penduduk di daerah ini berkumpul di kawasan Flat Kampung Enjin Gergaji, Chukai di sini selepas dakwaan berhubung kejadian itu tular di laman sosial pada pukul 8.30 malam tadi.- KOSMO! ONLINE
The post Tiga lelaki Rohingya ditahan bantu siasatan kes seksual OKU appeared first on Kosmo Digital.






