Kastam rampas rokok, arak seludup bernilai RM2.52 juta

18 Aug 2026 • 5:32 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kastam rampas rokok, arak seludup bernilai RM2.52 juta

BUTTERWORTH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang berjaya membongkar kegiatan penyeludupan rokok dan minuman keras yang dianggarkan bernilai RM2.52 juta susulan tiga serbuan berasingan di Pulau Pinang dan Kedah, bulan lalu.

Pengarah Kastam negeri, Hasbollah Din berkata, dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Kulim, Kedah pada 10 Julai lalu, pihaknya berjaya merampas sebanyak 205,880 batang rokok dan 12,464.20 liter minuman keras pelbagai jenama yang disyaki tidak berkastam bernilai RM1.28 juta termasuk cukai.

“Sementara itu, dalam serbuan kedua yang juga dibuat di sebuah rumah di Bukit Mertajam pada hari yang sama, sebanyak 31,840 batang rokok dan 5,945.3 liter minuman keras pelbagai jenama bernilai RM398,449.55 termasuk cukai berjaya dirampas hasil satu pemeriksaan yang dijalankan.

“Seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun pula berjaya ditahan dalam serbuan ketiga pada 31 Julai lalu di sebuah rumah taman di Sungai Jawi susulan penemuan kira-kira 777,400 batang rokok pelbagai jenama dengan nilai rampasan termasuk cukai berjumlah RM843,827.60,” katanya.

Jelas Hasbollah, pihaknya percaya bahawa modus operandi yang digunakan bagi ketiga-tiga kes adalah dengan menyembunyikan barangan seludup itu di dalam rumah yang dijadikan stor bagi mengaburi pihak berkuasa dan kesemua barangan itu dipercayai dibawa masuk dari luar negara untuk diedarkan ke pasaran tempatan.

“Ketiga-tiga kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 iaitu memiliki, menyimpan, menyembunyikan atau melindungi barang tidak berkastam atau barang larangan,” ujar beliau.-UTUSAN

 

The post Kastam rampas rokok, arak seludup bernilai RM2.52 juta appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved