Tiga premis di Pulau Perhentian Kecil musnah terbakar

20 May 2024 • 5:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tiga buah premis musnah dalam kebakaran di Pulau Perhentian Kecil dekat sini pada Isnin. Foto ihsan bomba

image is not available
Kebakaran dipercayai bermula dari rumah kediaman sebelum merebak ke dua premis lain. Foto ihsan bomba

image is not available
Api merebak dengan marak sehingga memusnahkan ketiga-tiga premis. Foto ihsan bomba

image is not available

BESUT - Tiga buah premis musnah dalam kebakaran di Pulau Perhentian Kecil dekat sini pada Isnin.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut, Paizol Abd Wahab berkata, empat anggota digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 1.25 petang.

Menurutnya, kebakaran itu melibatkan rumah kediaman, kedai makan dan stor barangan.

"Pihak bomba telah ke lokasi itu dengan menaiki bot pelancong dan sebaik tiba di lokasi kita dapati api telah merebak.

"Bagaimana kebakaran tersebut dapat dikawal dan berjaya dipadamkan dengan menggunakan alat pemadam api debu kering serta air paip," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambah Paizol, menurut saksi, kebakaran dipercayai bermula dari rumah kediaman sebelum merebak ke dua premis lain.

"Kita turut dibantu oleh orang ramai serta pekerja dan penghuni premis berkenaan.

"Punca dan kerugian kebakaran masih dalam siasatan," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved