
KUNAK: Jabatan Air Daerah Kunak hari ini bertindak memotong paip lama yang dipercayai digunakan untuk mencuri bekalan air daripada paip utama bersaiz 4 inci milik jabatan itu di sini, pada Rabu.
Pegawai Kerja Jabatan Air Kunak, Mohd Shuaizan Mohd Yunus berkata pasukan penguatkuasa jabatan itu berjaya mengesan kes kecurian air melibatkan tiga sambungan paip lama menerusi operasi 'Ops Lampau' di lokasi Jalan JKR Lama di sini.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});"Terdapat tiga sambungan lama dimana kegiatan mencuri air dikesan daripada paip jabatan air bersaiz 4 inci yang disambung terus ke paip saiz satu inci milik pengguna", katanya dalam kenyataan media hari ini.
Kerja-kerja memotong paip berkenaan dijalankan oleh pasukan penguatkuasa yang bermula 10 pagi hingga 12.30 tengahari.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Shuaizan berkata, pasukan penguatkuasanya kini sedang giat menjalankan operasi mengesan pengguna yang mencuri air.



