Tiga suspek kes dera warga emas direman tujuh hari

6 Nov 2026 • 4:27 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tiga suspek kes dera warga emas direman tujuh hari

SEREMBAN: Tiga individu yang dipercayai terbabit dalam kes kematian seorang lelaki warga emas yang dipercayai didera di sebuah rumah di Rasah Jaya, di sini, direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Yatim Osman berkata, perintah reman terhadap ketiga-tiga suspek berusia antara 28 hingga 34 tahun itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Seremban bagi membantu siasatan kes berkenaan

Menurutnya, ketiga-tiga suspek ditahan semalam susulan kejadian yang tular membabitkan seorang lelaki berusia lingkungan 60-an yang berkerusi roda.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mengulas lanjut mengenai punca kematian mangsa, Mohd. Yatim berkata, pihaknya masih belum menerima laporan hasil bedah siasat.

Katanya, bedah siasat dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban di sini. -UTUSAN

The post Tiga suspek kes dera warga emas direman tujuh hari appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved