Tiga suspek utama kes lelaki maut ditetak ditahan

LocalPolitics
29 Apr 2026 • 6:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kesemua lelaki berusia 24 hingga 32 tahun itu ditahan di tiga lokasi sekitar Jasin, Melaka hasil maklumat dan risikan berterusan. Foto hiasan

TANGKAK - Polis menahan tiga suspek utama yang diburu sejak lebih sebulan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki maut ditetak di sebuah restoran di Bukit Kangkar di sini, 13 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, kesemua lelaki berusia 24 hingga 32 tahun itu ditahan di tiga lokasi sekitar Jasin, Melaka malam tadi hasil maklumat dan risikan berterusan.

Beliau berkata, perkembangan terbaharu itu dipercayai dapat melengkapkan siasatan kes bunuh tersebut.

"Ya, saya sahkan ketiga-tiga suspek utama telah ditangkap malam tadi,” katanya kepada Bernama pada Rabu.

Media sebelum ini melaporkan polis menahan 10 individu bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu, namun kesemua mereka telah dibebaskan dengan bon polis sebaik proses merakam keterangan selesai dijalankan.

Dalam kejadian itu, mangsa Tong Wei Sheng, 38, maut sebaik tiba di hospital akibat kecederaan di tangan, kaki dan belakang badan selepas ditetak oleh tiga lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved