Tiga syarikat Malaysia disenarai hitam AS

24 Nov 2026 • 10:12 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

terkini

PETALING JAYA: Tiga syarikat Malaysia disenarai hitam Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) selepas dipercayai mengeksport peralatan komputer kepada pihak tidak dibenarkan.

Tiga syarikat berkenaan ialah MSFusion Sdn. Bhd., PT Megaspeed International dan Speedmatrix Sdn. Bhd.

Selain itu, tiga syarikat dari Singapura iaitu Megaspeed International Pte. Ltd. yang turut dikenali sebagai 7Road International, Apex Enterprise Solutions (Singapore) Pte. Ltd. dan Swiftdata Pte. Ltd. turut dikenakan tindakan sama.

Sementara itu, Megaspeed (Thailand) Co. Ltd. merupakan satu-satunya entiti dari Thailand yang dimasukkan dalam senarai berkenaan menjadikan keseluruhan tujuh syarikat terbabit.

Kesemua entiti itu dimasukkan ke dalam senarai entiti  Biro Industri dan Keselamatan (BIS) AS menerusi peraturan muktamad bertarikh 23 November yang dijadual diterbitkan dalam Daftar Persekutuan AS esok.

BIS dalam dokumen berkenaan menyatakan terdapat risiko ketara syarikat terbabit boleh mengalihkan barangan pengkomputeran canggih kepada pengguna akhir atau untuk kegunaan yang tidak dibenarkan, sekali gus bertentangan dengan kepentingan keselamatan negara dan dasar luar AS.

Susulan tindakan itu, semua urus niaga membabitkan barangan yang tertakluk kepada Peraturan Pentadbiran Eksport (EAR) memerlukan lesen, manakala permohonan berkenaan akan dinilai berdasarkan anggapan untuk ditolak.

Speedmatrix dipercayai merupakan anak syarikat Megaspeed yang berpangkalan di Singapura, sebuah firma pengkomputeran awan dan rakan kongsi Nvidia.

Megaspeed sebelum ini disyaki menyalurkan cip kecerdasan buatan (AI) yang tertakluk kepada sekatan eksport ke China dan syarikat itu juga dikaitkan dengan siasatan berhubung dakwaan pengintipan membabitkan Nvidia.

Sebelum ini Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)  memaklumkan tidak pernah meluluskan sebarang permohonan daripada Megaspeed atau Speedmatrix, selain menjelaskan Speedmatrix merupakan penyewa di sebuah pusat data di Malaysia.

MITI turut menjelaskan bahawa pengimportan cip AI ke Malaysia ketika ini tidak memerlukan permit atau lesen. 

Bagaimanapun, sejak Julai tahun lalu, syarikat diwajibkan mendapatkan permit untuk mengeksport, mengeksport semula atau membawa masuk cip AI berprestasi tinggi buatan AS melalui Malaysia. – UTUSAN

The post Tiga syarikat Malaysia disenarai hitam AS appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved