Tiket perlawanan akhir Piala FA serendah RM50 – MFL

6 Aug 2024 • 8:53 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 6 OGOS: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan sebanya empat kategori tiket akan dijual bagi perlawanan akhir Piala FA yang mempertemukan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC pada 24 Ogos ini.

Final Piala FA itu akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 malam.

Empat kategori tiket yang diagihkan secara sama rata kepada kedua-dua pasukan adalah General Admission berharga RM50 dan RM70, Piala FA Premium (RM150) dan Piala FA VIP Grandstand (RM200).

“Urusan penjualan tiket akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak kelab untuk memastikan penjualan tiket secara terus kepada penyokong dengan sistematik dan sama rata.

“Segala maklumat mengenai proses penjualan tiket kepada penyokong akan dimaklumkan oleh JDT dan Selangor FC dalam masa terdekat,” menurut hantaran di laman Facebook MFL hari ini.

JDT mara ke final Piala FA selepas mengatasi Kedah Darul Aman (KDA FC) dengan agregat 5-1 manakala Selangor FC menewaskan Terengganu FC dengan agregat 6-4 untuk melangkah ke perlawanan akhir.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved