Tiket Tambahan MADANI: KBS Akan Teliti Keperluan

18 Aug 2026 • 1:52 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Rakyat Malaysia ternyata begitu teruja dengan kepulangan semula ngauman enjin Formula 1 ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Buktinya, tiket-tiket perlumbaan laris terjual sebaik sahaja mula ditawarkan kepada orang ramai, malah beberapa kategori tiket dilaporkan sudah habis terjual.

Image from: Tiket Tambahan MADANI: KBS Akan Teliti Keperluan

Tiket MADANI berharga RM200 yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia turut mendapat sambutan luar biasa sehingga habis terjual. Perkara itu disahkan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari.

Beberapa minggu sebelum penjualan dibuka, rakyat Malaysia ternanti-nanti tarikh rasmi tiket mula dijual. Namun, sebaik sahaja penjualan dibuka beberapa hari lalu, tiket bagi beberapa sektor pantas habis terjual susulan permintaan tinggi, khususnya daripada peminat tempatan.

“Setakat hari ini (tiket MADANI) memang dah terjual secara keseluruhan, tetapi kita akan melihat juga sekiranya ada ruang dan keperluan untuk tambahan (tiket MADANI) dan sebagainya. Kita akan umumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beberapa sektor tempat duduk seperti K1 dan F dilaporkan telah habis terjual. Bagaimanapun, tiket bagi sektor Main Grandstand, B dan C masih tersedia untuk peminat yang ingin menyaksikan sendiri aksi Formula 1 di Sepang.

Kepulangan Formula 1 ke Sepang selepas sekian lama sememangnya mencetuskan fenomena tersendiri, dengan sambutan hangat daripada peminat tempatan membuktikan bahawa minat terhadap sukan permotoran berprestij itu masih menebal dalam kalangan rakyat Malaysia.

Teruskan Bersama Four Wheels..!

The post Tiket Tambahan MADANI: KBS Akan Teliti Keperluan appeared first on TW Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved