Buli siber, scam atau budaya fitnah adalah ancaman dunia maya yang nyata, termasuk di Malaysia. Ia boleh dilakukan melalui teks, imej atau video bagi tujuan memalukan, penipuan mahupun merendah seseorang. Kesannya, seseorang itu boleh mengalami kemurungan, kesedihan malahan hilang minat dalam aktiviti harian.

Hal ini menunjukkan bahawa perkara ini perlu ditangani dan TikTok memberi jaminan untuk meneliti beberapa isu yang wujud di platform berkenaan khususnya membabitkan isu buli siber, ancaman scam dan fitnah yang semakin berleluasa, termasuk di Malaysia. Ia dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TikTok, Shou Zi Chew dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar persidangan Minggu Pemimpin Ekonomi APEC (AELW) pada Khamis.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, Tiktok memberi jaminan untuk melihat dengan teliti permasalahan yang ada, selain itu komited untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan seperti Kementerian Komunikasi, MCMC serta Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mengatasi trend penyalahgunaan dalam platformnya.
Selain itu pertemuan itu turut membincangkan potensi kerjasama diantara kerajaan dan TikTok Malaysia. Hasilnya pelaburan secara besar-besaran dijangka akan memasuki ke Malaysia kelak, selain itu TikTok turut menyuarakan sokongan penuh terhadap peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2025.



![Baju Pelanggan Sedondon Dengan Pekerja Restoran Buat Ramai Terhibur [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)