TikTok Pula Menyokong Teks Seperti Twitter dan Threads

TechnologyDigital
25 Jul 2023 • 6:38 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Terdapat banyak klon Twitter (kini dipanggil X) sejak platform ini berubah di bawah Elon Musk. Terkini TikTok pula menyokong ciri memuat naik kandungan dalam bentuk teks yang mirip Twitter dan Threads.

image is not available

Menerusi ciri ini, pengguna TikTok boleh memuat naik teks apabila menekan butang kamera dalam aplikasi. Kandungan teks ini kemudiannya boleh dimuat naik dengan sokongan audio, lokasi,tagar dan juga Duets. Latar belakang boleh diubah seperti status Facebook serta terdapat juga ciri meletakkan pelekat sekiranya diperlukan.

TikTok memulakan hidup sebagai platform penstriman video pendek yang mengancam populariti Facebook, YouTube dan Instagram. Hanya beberapa minggu lalu TikTok Music telah dilancarkan di Indonesia dan Brazil sebagai pesaing kepada Spotify. Kita kini hidup dalam dunia di mana adiaplikasi dengan pelbagai ciri ditawarkan kepada pengguna.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved