TikTok Shop Malaysia Meningkatkan Caj Yuran Komisen Untuk Sejumlah Besar Kategori Bermula 31 Oktober 2026

LocalBusiness & Finance
16 Oct 2026 • 4:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TikTok Shop Malaysia Meningkatkan Caj Yuran Komisen Untuk Sejumlah Besar Kategori Bermula 31 Oktober 2026

TikTok Shop Malaysia kini memaklumkan para penjual tempatan berkenaan kadar pengiraan caj yuran komisen yang dikemasmini, berkuat-kuasa 31 Oktober 2026. Melalui pengamatan kami, 5 kategori barangan dikurangkan kadar komisen, 5 kategori dikekalkan kadar komisen, sementara yang lain ditingkatkan kadar komisen masing-masing.

Image from: TikTok Shop Malaysia Meningkatkan Caj Yuran Komisen Untuk Sejumlah Besar Kategori Bermula 31 Oktober 2026

5 kategori yang dikurangkan caj yuran komisennya di TikTok Shop adalah untuk barangan penjagaan feminin, penjagaan hidung & mulut, bekalan perubatan, perubatan & rawatan di kaunter, dan juga untuk penyusuan & pemakanan. Kategori makanan segera dikekalkan kadar komisen seperti sebelum ini, sementara barangan makanan segar & beku, susu & tenusu, keperluan ruji & memasak, dan juga penaik masih dikekalkan kadar 0% seperti sebelumnya.

Namun, untuk pelbagai penjual lain yang merangkumi puluhan kategori lain, yuran caj komisen dilihat ditingkatkan. Bagi anda yang melakukan urusan jual beli mengunakan platform TikTok Shop, boleh menyemak pengumuman rasmi TikTok, dan mengetahui sendiri berapakah caj yuran komisen baharu untuk produk dan penawaran anda.

Peningkatan caj yuran komisen ini hadir ketika ramai peniaga di platform tersebut yang mengeluh berkaitan peningkatan caj yang tinggi, disamping kerajaan yang kini merancang memperkenalkan akta khusus untuk edagang tidak lama lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved