TikTok Tako Mula Ditawarkan Untuk Pengguna Malaysia – Ciri Chatbot AI Secara Terbina Pada Aplikasi TikTok

LocalTechnology
11 Apr 2026 • 8:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sekiranya Meta menyertakan sokongan Meta AI terus pada Facebook, Instagram dan WhatsApp, kini pesaing terdekat mereka, TikTok telah mula menawarkan chatbot dikuasakan kecerdasan buatan janaan tersendiri, dinamakan TikTok Tako.

image is not available

Melaluinya, seperti biasa ia menawarkan antaramuka berbentuk perbualan atau permesejan, membolehkan pengguna bertanyakan pelbagai perkara, dan ia menjawabnya. TikTok Tako turut mendapatkan informasi dan maklumat daripada perkongsian-perkongsian di platform sosial TikTok, serta mengintegrasikan video dan sebagainya ketika memberikan jawapan.

image is not available

Buat masa ini, sejumlah pengguna TikTok di Malaysia telah mula menerima ciri TikTok Tako. Pengguna boleh menyemak sama ada telah menerima akses untuknya atau sebaliknya pada bahagian permesejan di aplikasi TikTok.