TikTok Uji Ciri Yang Boleh Mengenal-Pasti Objek Dalam Sesuatu Video, Dan Bawa Pengguna Beli Di TikTok Shop

TechnologyDigital
30 Jan 2024 • 7:22 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TikTok sedia memfokuskan kepada integrasi edagang pada platform mereka, yang memudahkan pengguna membeli barangan dan pelbagai produk tanpa meninggalkan aplikasi berkenaan. Terbaru, TikTok juga melangkah setapak lagi kehadapan, dengan membuatkan pengguna boleh melakukan pembelian daripada mana-mana video di platform tersebut.

image is not available

Melalui ujian terbaru, TikTok menguji ciri yang boleh mengenal-pasti objek pada sesuatu video secara automatik, dan kemudian mencadangkan pengguna untuk mencari produk seumpamanya melalui TikTok Shop. Apabila diklik, ia akan membawa ke TikTok Shop dengan produk seumpamanya dan membolehkan pengguna mendapatkan produk berkenaan.

Pihak TikTok mengesahkan ujian ini sedang dilakukan pada peringkat awal.

Dengan langkah ini juga, ia sekaligus mengubah gaya penggunaan TikTok, dimana pengguna boleh melakukan pembelian dari sebarang perkongsian video di TikTok, dan bukan sahaja perkongsian berbentuk jualan semata. Ini juga dijangka secara tidak langsung akan meningkatkan kadar pembelian pengguna pada platform berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved