Samsung Menamatkan Sokongan Integrasi Discord Pada Gaming Hub

TechnologyDigital
12 Jan 2024 • 9:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung kini mula memaklumkan para pengguna, menyatakan akan menamatkan sokongan integrasi Discord pada Gaming Hub, berkuat-kuasa 31 Januari 2024 ini. Dengan penamatan ini, tiada lagi ciri-ciri Discord yang akan ditawarkan melalui Gaming Hub.

image is not available

Sebelum ini, pengguna yang menggunakan Gaming Hub, boleh mengaktifkan ciri Discord dengan mudah dalam berinteraksi dan melakukan perkongsian selepas memulakan sesuatu permainan terus melalui Gaming Hub / Game Launcher. Tidak diketahui mengapakah Samsung memilih untuk menamatkannya – sama ada disebabkan perlesenan kerjasama, atau disebabkan oleh tidak ramai menggunakan ciri tersebut.

Samsung memaklumkan selepas tarikh berkenaan, akaun Samsung tidak lagi akan disambungkan ke akaun Discord, dan semua ciri Discord pada Gaming Hub akan dibuang.