Tiktoker Dakwa Rempah Mengandungi Babi, AEON ‘Bahan’ Betapa Pentingnya Belajar Bahasa Inggeris

20 Jan 2023 • 8:45 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jangan kongsi benda yang tak pasti, ya

Tiktoker Dakwa Rempah Mengandungi Babi, AEON ‘Bahan’ Betapa Pentingnya Belajar Bahasa Inggeris. Tidak dinafikan, rakyat Malaysia sangat menekankan isu kandungan babi dalam masakan dan juga kandungan dalam bahan-bahan makanan. Mana tidaknya, asal tunjuk gambar makanan yang viral sikit, mesti ada je soalan ‘halal ke?’

Kalau soal dulu tu elok lagi, tetapi ada juga yang jenis suka menularkan sesuatu yang tidak tepat dan membuatkan mereka yang tidak berfikir panjang terus mengatakan hal tersebut benar. Haa bahaya ya kawan-kawan, boleh timbul fitnah

image is not available
Tiktoker Dakwa Rempah Mengandungi Babi, AEON ‘Bahan’ Betapa Pentingnya Belajar Bahasa Inggeris

Kena baca ingredients betul-betul, jangan serkap jarang

Begitulah yang dilakukan oleh Tiktoker ini apabila dirinya memuat naik perkongsian video yang telah tular di laman sosial mengatakan ada kandungan babi dalam rempah yang dijual di pasaran.

Video tersebut, telah mengundang reaksi netizen malah kena ‘bahan’ oleh pihak pengurusan AEON. Baru-baru ini menerusi laman Facebook, Aeon berkongsi gambar McCormick’s Mixed Spice, dengan kapsyen yang bijak merujuk video tular tersebut.

image is not available
Sumber: Facebook

Menyempat jugak AEON ni ya

Sebenarnya, menerusi rujukan di botol rempah tersebut, ia menjelaskan kegunaannya yang boleh dipakai untuk memasak pelbagai jenis daging termasuklah daging babi dan bukanlah mempunyai kandungan haiwan tersebut.

Perkongsian dari AEON telah membuatkan netizen turut geli hati kerana menyempat untuk mempromosikan produk mereka semasa isu ini sedang hangat.

image is not available
Sumber: Facebook

image is not available
Sumber: Facebook

image is not available
Sumber: Facebook

Rata-rata mengatakan yang tindakan tersebut seakan memakan diri apabila dikecam dan ditertawakan hanya kerana tahap ‘confident’ terlebih tinggi sehingga salah memberikan maklumat. Mana tidaknya, menerusi kenyataan di botol rempah-rempah berkenaan, dengan jelas menunjukkan ia adalah ‘untuk kegunaan’ bukannya ‘isi kandungan’ yang ada di dalam rempah terbabit.

Haa oleh itu, di sini min nak kata sikit.. beringat-ingatlah sebelum menyebar benda yang tidak sahih agar tidak menimbulkan keresahan orang ramai.

Lagi artikel menarik anda boleh tekan pautan di bawah: