TikToker didakwa pecah amanah duit bekas pramugari RM31,900

11 Sep 2026 • 11:09 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: TikToker didakwa pecah amanah duit bekas pramugari RM31,900

JOHOR BAHRU – Seorang pempengaruh media sosial dihadapkan ke Mahkamah Sesyan di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah wang milik bekas pramugari RM31,900, tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Azri Abdul Rahim, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ronie Entili.

Mengikut pertuduhan, lelaki anak satu itu didakwa melakukan pecah amanah terhadap wang berjumlah RM31,900 milik seorang wanita yang juga bekas pramugari sebuah syarikat penerbangan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di Jalan Nusaria, Taman Nusantara, Gelang Patah, Iskandar Puteri antara 25 Januari 2025 hingga 7 Mac 2025.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, R. Nevina menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 terhadap tertuduh namun peguam mewakili tertuduh, Atuffah Said memohon agar mahkamah memberikan jaminan yang munasabah ke atas anak guamnya.

“Ini merupakan kesalahan pertama dilakukan anak guam saya, saya memohon agar mahkamah membenarkan satu jaminan yang munasabah atas faktor berikut.

“Anak guam saya merupakan seorang yang bekerja sendiri dengan pendapatan antara RM2,000 hingga RM2,500 sebulan selain menanggung seorang isteri, mentua dan seorang anak,”katanya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 7 Oktober depan sebagai sebutan semula kes.-KOSMO! ONLINE

The post TikToker didakwa pecah amanah duit bekas pramugari RM31,900 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved