Timbalan Ketua Menteri II nafi hanya ‘turun padang’ ketika pilihan raya.

LocalPolitics
22 Aug 2024 • 3:23 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

RANAU: Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam menyangkal dakwaan beliau hanya “turun padang” ketika waktu pilihan raya.

Katanya, beliau melakukan usaha konsisten untuk berkhidmat kepada rakyat Kundasang dan Negeri, walaupun di luar musim pilihan raya.

Joachim, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Adun Kundasang, berucap pada Majlis Bersama Pemimpin di Kg Karagasan di mana beliau bertemu penduduk dari tujuh kampung di Pusat Daerah Mengundi (PDM) itu.

Menjawab dakwaan bahawa beliau hanya muncul semasa pilihan raya, Joachim menjelaskan beliau telah membuat beberapa lawatan ke PDM.

SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more Dalam lawatan dua hari itu, beliau meninjau tapak balai raya mini Kampung Gusi yang akan dibina tahun ini.

Beliau turut menyampaikan bakul makanan kepada penduduk kampung sebelum melancarkan balai raya baharu di Kg Agan.

Sementara itu, Joachim menekankan pelbagai projek pembangunan Kerajaan yang dilaksanakan untuk manfaat rakyat seperti jalan raya serta bekalan elektrik dan air bersih.

“Ini termasuk di DUN Kundasang, di mana projek yang sedang dijalankan melibatkan jalan menuju ke SMK Ulu Sugut, PDM Kaingaran dan ke Mini Estet Sejahtera (Mesej) Kg Mansalu.

“Pembangunan sebegini akan diteruskan oleh kerajaan pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” katanya.

Beliau menasihatkan penduduk kampung dalam PDM supaya menyokong sesiapa sahaja yang dicalonkan oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada pilihan raya negeri akan datang.

Turut hadir Setiausaha Politiknya Yubidi Gompoyo, Ketua Daerah I OKK Muhasip Ruman, Ketua Daerah II Dominic Ganie, Pemaju Mukim Ratimin Kokonut, Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) Ajip Basanun serta ketua dan pemimpin masyarakat.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.