Timbul Dakwaan Bercinta Dengan Penerbit, Hisyam Hamid Tampil Bersuara – “Anak-Anak Tak Nak Mama Baru”

EntertainmentLifestyle
14 Feb 2025 • 2:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Hisyam Hamid telah tampil bersuara menafikan dakwaan dirinya mempunyai hubungan istimewa dengan seorang penerbit.

Memetik dari OhBulan!, Hisyam atau nama lengkapnya Hazmi Hisyam Abdul Hamid berkata, hubungannya dengan wanita tersebut hanya sekadar kawan.

image is not available

Ia tidak benar. Saya rasa, itu (gosip) adalah perkara yang datang secara semula jadi dengan status saya sekarang.

 

Sebab dulu kalau pergi mana-mana saya akan bawa isteri tapi sebab rasa selamat dan orang pun tak boleh nak cakap apa-apa. Jadi bila sekarang saya seorang diri dan ada yang ingat rapat dengan seseorang tu, mereka anggap kami ada hubungan.

Pelakon itu turut menjelaskan dia selesa dengan hidupnya sekarang bersama anak-anak.

image is not available

Buat masa ini saya selesa dengan kehidupan saya daripada setahun lalu. Anak-anak pun cakap mereka tak nak mama baru. Mereka adalah keutamaan saya.

Walau bagaimanapun, dia tidak menolak untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi seandainya bertemu jodoh.

Kalau ada jodoh, Alhamdulillah. Kalau tak ada pun, saya bersyukur dan okay sahaja. Jauh sekali daripada terdesak.

image is not available 2 months ago

"Tanggungjawab Lelaki Untuk Melindungi, Bukan Untuk Ambil Kesempatan" - Hisyam Hamid Peka Isu Keganasan Rumah Tangga