TIME Mula Tawarkan “Speed Boost” Kepada Pelanggan Sedia Ada – Kelajuan Internet Ditingkatkan

TechnologyDigital
30 Mar 2024 • 10:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TIME Internet, salah satu penyedia perkhidmatan internet terkemuka di Malaysia, kini dilihat telah mula menawarkan penaik-tarafan kelajuan internet kepada pelanggan sedia ada. TIME menamakan ia sebagai “Speed Boost”.

image is not available

Buat masa ini, sejumlah pelanggan telah mula menikmati penaik-tarafan ini. Pihak TIME sendiri masih belum berkongsi maklumat lanjut berkaitan penaik-tarafan kelajuan ini. Ia tidak diketahui siapakah yang tertakluk dibawah naik-taraf ini. Mengikut apa yang dilihat, TIME menaik-taraf pelanggan sedia ada kepada kelajuan berikut dibawah Speed Boost ini:

  • 100Mbps menjadi 200Mbps
  • 300Mbps menjadi 500Mbps
  • 500Mbps menjadi 600Mbps

TIME menekankan yang mana tiada sebarang perubahan pada kontrak atau caj bayaran untuk “Speed Boost” ini. Mengikut halaman terma TIME, penaik-tarafan Speed Boost percuma ini akan dilakukan antara 27 Mac 2024 sehingga 15 April 2024. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut berkaitan pelaksanaan naik-taraf ini oleh TIME dalam masa terdekat ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved