
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui Allah SWT tidak menciptakan manusia sahaja sebagai makhluknya tetapi terdapat juga kehidupan lain di atas muka bumi ini.
Malah ada makhluk yang hidup dan dapat dilihat secara mata kasar seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan dan ada juga yang ghaib seperti malaikat, jin, syaitan dan banyak lagi.
Namun ada segelintir individu yang mungkin mempunyai kelebihan untuk melihat makhluk ghaib ini dan ada juga yang mempunyai pengalaman diganggu oleh mereka.
Tular di TikTok video pekerja di klinik kena ‘gangguan misteri’
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang dikongsikan pengguna TikTok memaparkan mereka diganggu makhluk misteri.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Chormuss yang dipercayai kakitangan di sebuah klinik, awalnya kamera memaparkan satu situasi yang menyeramkan apabila kelihatan ‘makhluk’ berkenaan seperti menjatuhkan kertas dari sebuah bilik ke bahagian koridor.
Menurut Chormuss di dalam video tersebut insiden itu berlaku jam 6.15 petang semalam (24 Julai) sewaktu mereka sedang bersiap-sedia untuk menutup klinik kerana ingin pulang ke rumah.
Kedengaran suara seorang pekerja wanita di dalam video itu meminta staf lain untuk membuka semua lampu agar suasana klinik menjadi lebih terang.
Kedengaran pekerja klinik sentiasa membaca doa untuk melindungi diri mereka
Dalam rakaman sama kedengaran mereka sentiasa membaca doa sewaktu insiden misteri itu berlaku.
Tidak lama kemudian kelihatan mereka keluar daripada klinik tersebut dengan segera selepas berlaku insiden menyeramkan itu.
Tangan direntap secara tiba-tiba
Di ruangan kapsyen, Chormuss menceritakan ketika itu mereka telah menyelesaikan tugas dan bersiap sedia untuk pulang serta menutup klinik.
“Saya dan dua lagi kawan saya nak periksa semua bilik ditutup di klinik tersebut. Kawan saya cuba mencari kunci tapi tak jumpa. Saya cakap lah pergi cari dalam bilik nombor tiga. Dia pun masuk bilik 3. Dia kata pada saya, ‘Mus saya tak sedap hati dalam bilik tu’.
“Lepas itu kawan saya kunci bilik nombor 3 dengan cepat dalam masa yang sama lengan (tangan) sebelah kanan dia direntap dengan kuat depan mata saya. Kawan saya terus lari kena (terlanggar) saya,” katanya.
Ajak kawan keluar dari klinik dengan cepat
Melihat keadaan itu dia kemudian mengajak rakan-rakan sekerja untuk keluar dari bilik tersebut dengan cepat.
“Alhamdulillah kami akhirnya dapat terus keluar dengan jayanya, syukur alhamdulillah kunci bahagian depan untuk keluar pada salanya susah juga nak buka. Namun berjaya dibuka dan kami semua berjaya untuk keluar pintu bahagian tersebut.”
Menurutnya lagi, sebelum kejadian itu rakannya memaklumkan ada ternampak kelibat di bahagian berkenaan namun tidak mahu memaklumkan kepada mereka kerana ingin ingin menutup klinik.
Mereka kemudian meninggalkan kawasan klinik itu dan berehat di kafe sebelum pulang ke rumah. Dalam masa sama mereka turut memaklumkan kepada pengawal kerana pintu klinik itu dipercayai belum lagi dikunci.
Assalamualaikum wbt.. cerite nye begini.. setelah selesai tugas dkami otw nak balik .. kami nak closing klinik..saya dan 2 lg kawan sy nak periksa semua bilik Ditutup di klinik tersebut.. kawan sy cube mencari kunci xjmpe.. sy ckp la g la cari dalam bilik no 3.. die pon masuk bilik 3 .. die kate sy.. mus sy rase xsedap hati dlm bilik tu.. lepas tu kawan sy kunci bilik no 3 dgn cepat dalam mase yg same lengan sebelah kanan die ditarik rentap dgn kuat depan mate sy..kawan sy terus lari kene sy.. sy terus ckp woiii jum kite kluar bilik dgn cepat.. Alhamdulillah kami akhirnye dpat terus kluar dgn jayenye..syukur alhamdulillah kunci bahagian dpn untuk keluar pada asalnye susah jugak nak bukak.. namun berjaye juge dibuka dan kami semue berjaya untuk keluar pintu department tersebut.. sebelum tu klkawan sy bgtau sy dh nmpk jugak kelibat dalam department tersebut sebnarnye.. die xnk bgtau sy sebelum kami nk tutup klinik.. lepas tu xckp byk.. kami gerak lepak makan kat cafe then balik… ✌️aku dah inform kepade oak guard .. #real #horror
Ramai turut rasa seram tonton video terbabit
Melihat di ruangan komen, ramai yang turut berasa seram apabila menonton video berkenaan.
Meskipun tidak melihat sebarang kelibat namun ramai mengatakan mereka juga akan lari jika berada di situasi seperti itu.
Ada juga berkongsi pengalaman mereka yang pernah berdepan seperti perkara sama.
“Ada dengar suara mengilai dan mendengus”

“Pengalaman kerja klinik 24 jam, dah pukul 2 pagi lebih kami tidur bawah kaunter. Tiba-tiba doktor panggil kata dah daftar ke pesakit? Cakap lah mana ada pesakit, rupanya dia tenfok CCTV dekat bilik dia, ada sorang perempuan dekat hujung sudut dekat dengan pintu keluar..”

“Part hujung ada dengar suara perempuan. Ni siapa yang hijab terbuka memang tahu lah. Macam anak saya hijab terbuka, selalu dia akan bagitahu”

“Dengar suara mengilai.. seram”


![Wanita Dakwa Hampir Bertembung Dengan Bas Gara-gara Jalan Di Teluk Bahang Terlalu Sempit [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)

