Tindakan Lelaki Melayu Bantu Tumpangkan Keluarga India Sebab Motor Rosak Dipuji

Entertainment
17 May 2024 • 5:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tindakan mulia seorang lelaki berbangsa Melayu membantu dan menumpang keluarga India yang mengalami kerosakan motosikal di Lebuh Raya Utara-Selatan semalam meraih pujian ramai.

Jelas lelaki itu, dia sanggup menolong keluarga India itu walaupun berlainan bangsa dan agama kerana ikhlas.

Menurut Ahmad Zufar, kejadian tersebut berlaku berhampiran dengan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Sungai Buloh.

“Pagi tadi (semalam) semasa pergi kerja, ternampak ada satu keluarga India, mak dengan anak jalan kaki, ayahnya tengah tolak motor tayar pecah.”

“Kesian tengok sebab anaknya pun berjalan kaki jauh nak menuju ke R&R (kawasan rehat dan rawat) Jejantas Sungai Buloh. Jadi, aku pun (tawar diri) tumpangkan.”

Jelasnya lagi, keluarga tersebut dalam perjalanan dari Sungai Garing, Rawang menuju ke Petaling Jaya.

“Jauhnya naik motosikal. Aku ni jenis tak kisah bangsa apa pun, aku tetap akan ikhlas tolong mana yang aku mampu.”

“Kita mudahkan urusan orang lain Insya-Allah urusan kita dipermudahkan pula nanti. Semoga selamat sampai abang dan kakak ni.”

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji kemuliaan hati lelaki ini dan mengucapkan terima kasih atas tindakannya memudahkan urusan orang.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.