Tindakan Penunggang Motosikal Mencelah Di Antara Laluan Lori & Kereta Sebelum Terjatuh Di Jalan Raya Cetus Perdebatan [Video]

6 Aug 2026 • 11:23 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Segelintir pengguna jalan raya lebih gemar memilih mengunakan motosikal disebabkan ia jimat dan mudah selain mempunyai risiko yang rendah untuk tersekat dalam kesesakan lalu lintas.

Namun begitu, terdapat segelintir penunggang motosikal yang tidak menunggang dengan hati-hati dan adakalanya berbahaya sehingga boleh mengancam nyawa sendiri.

Penunggang motosikal kemalangan gara-gara menyelit di antara lori dan kereta

Baru-baru ini tular satu video di media sosial memaparkan tindakan berbahaya seorang penunggang motosikal sehingga menyebabkan dia mengalami kemalangan jalan raya dan nyaris digilis lori.

Menerusi video yang dikongsikan awalnya kelihatan penunggang motosikal yang dipercayai rider penghantar makanan atau barangan telah datang dari arah belakang.

Penunggang motosikal itu kemudiannya mencelah di antara lori yang berada di lorong tengah dan kereta jenis Toyota Vios yang berada di lorong kanan.

Penunggang motosikal cuba mencelah tapi tak lepas, dilihat hampir tersepit pada lori

Jelas kelihatan ruang antara lori dan kereta itu begitu sempit, malah dia dilihat seperti tidak dapat mengawal motosikalnya.

Penunggang motosikal itu turut dilihat hampir terperosok ke bawah lori tersebut namun dia bernasib baik apabila terjatuh ke jalan raya. Manakala motosikalnya diseret oleh lori berkenaan.

Kereta Vios terus berhenti sebaik lihat penunggang motosikal jatuh

Kereta Vios yang berada di lorong kanan dilihat berhenti sebaik menyedari penunggang motosikal berkenaan jatuh di atas jalan raya.

Penunggang motosikal itu kemudian segera bangun dan mengutip barangan peribadinya yang bersepah di jalan raya.

View on Threads

Ramai kritik tindakan penunggang motosikal mencelah di antara lori dan kereta sehingga mengundang bahaya kepada diri sendiri

Melihat di ruangan komen, ramai yang berasa lega apabila melihat dia tidak tersepit pada lori itu atau mengalami kecederaan serius.

Tidak kurang ada juga yang mengkritik tindakan motosikal tersebut yang cuba mencelah di antara lori dengan kereta sehingga menyebabkan dia berdepan dengan kemalangan.

Bukan hanya itu, ada yang berpendapat lori dan kereta itu kekal berada di lorong masing-masing serta tidak kelihatan seperti menghimpit antara satu sama lain.

Ada juga mengatakan yang penunggang motosikal berkenaan bernasib baik kerana tidak berlaku sebarang perkara yang lebih berbahaya.

“Allah. Wei aku fokus dekat kaki dia je. Nasib baik dia bangun semula selepas jatuh. Apa yang awak fikirkan”

Image from: Tindakan Penunggang Motosikal Mencelah Di Antara Laluan Lori & Kereta Sebelum Terjatuh Di Jalan Raya Cetus Perdebatan [Video]

“Aku benci kalau motor dok menyelit-nyelit antara lori dengan kereta macam ni”

Image from: Tindakan Penunggang Motosikal Mencelah Di Antara Laluan Lori & Kereta Sebelum Terjatuh Di Jalan Raya Cetus Perdebatan [Video]

“Aku tengok kereta dan lori maintain je tak menghimpit. Motor tu je yang gatal-gatal sangat nak mencelah dah kenapa? Tak reti baca keadaan ke? Aku perhati je perangai yang bawa motosikal macam ni.”

Image from: Tindakan Penunggang Motosikal Mencelah Di Antara Laluan Lori & Kereta Sebelum Terjatuh Di Jalan Raya Cetus Perdebatan [Video]

“Salah ke tak salah ke, tak payah lah berani abang-abang rider semua. Tahu nak cepat. Fikirlah keselamatan diri, yang dalam lori dengan kereta tu kalau berlaku kemalangan, risiko tu tak kuat. Kita yang naik motor ni akan teruk. Kalau rasa tak lepas jangan lah cuba menyelit.”

Image from: Tindakan Penunggang Motosikal Mencelah Di Antara Laluan Lori & Kereta Sebelum Terjatuh Di Jalan Raya Cetus Perdebatan [Video]
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved