“Tindakan Segera Akan Dilaksanakan” – Polis Bakal Panggil MB Kedah Dan Ketua Penerangan UMNO Rembau

LocalPolitics
28 Jul 2026 • 3:02 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Menjelang hari mengundi PRN Negeri Sembilan, dua nama kini berada dalam perhatian pihak berkuasa susulan kenyataan yang dibuat sebelum ini.

BACA: “India Balik India, Cina Balik China” – Dakwa Kenyataan Diputar Belit, Sanusi Hantar LOD Kepada Dr. Sathia

Terbaru, Astro Awani melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal memanggil Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Dua laporan dikaitkan dengan MB Kedah

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya menerima dua laporan polis berkaitan kenyataan yang dikeluarkan Pengarah Pilihan Raya Pas itu.

mb kedah

Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurut Alzafny, beberapa saksi sudah pun dirakam percakapan bagi membantu siasatan. Namun, pihaknya masih belum mengambil percakapan Datuk Seri Sanusi.

Tindakan segera akan dilaksanakan oleh pihak kita.

Selain itu, polis juga bakal menyiasat Ketua Penerangan UMNO Rembau, Shukri Shamsuddin berhubung kenyataan mengaitkan institusi istana dengan parti politik.

@streetkaka

Replying to @Headhunters Betul ke Syukri istana Kuasa negeri ni DAP pegang? #politik #rembau #nismilan #dap

♬ Epic News – DM Production

Sehingga 27 Julai, pihak polis telah menerima 11 laporan dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, media melaporkan Shukri menerusi satu video tular mendakwa Istana Negeri Sembilan ‘dipegang’ oleh parti DAP.

Susulan dakwaan itu, Istana Negeri Sembilan menegaskan sebarang dakwaan yang mengaitkan pihaknya dengan mana-mana parti politik adalah tidak benar.

The post “Tindakan Segera Akan Dilaksanakan” – Polis Bakal Panggil MB Kedah Dan Ketua Penerangan UMNO Rembau appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved