Tindakan tegas menanti pihak cuba cetus isu perkauman

LocalPolitics
13 Mar 2025 • 10:34 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menyemarakkan ketegangan kaum dan agama di Malaysia. Langkah tegas akan diambil bagi mengelakkan sebarang ancaman terhadap keharmonian negara.

Dalam ucapannya di majlis berbuka puasa bersama syarikat korporat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Anwar memberi amaran bahawa sesiapa yang memainkan sentimen perkauman dan keagamaan, sama ada terhadap kaum majoriti atau minoriti, kaya atau miskin, tidak akan terlepas daripada tindakan keras.

“Kita tidak boleh benarkan negara ini dicemari oleh pelampau perkauman dan agama. Keputusan Jemaah Menteri jelas—mulai sekarang, sesiapa yang cuba menghasut atau menimbulkan kebencian antara kaum akan berdepan dengan tindakan paling tegas,” katanya memetik laporan Harian Metro, Rabu, 12 Mac 2025.

Anwar turut menekankan kepentingan perpaduan sebagai asas kestabilan negara dan menggesa rakyat untuk menamatkan polemik perkauman yang hanya mengundang perpecahan.

Menurut Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, kerajaan bertekad memastikan keharmonian antara kaum terus terpelihara dan tidak digugat oleh anasir ekstremis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved