
PAPAR: Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang mengenakan caj tambahan kepada pengguna dalam urusan jual beli menggunakan perkhidmatan transaksi bayaran tanpa tunai (cashless).
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ia jelas satu kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (Akhap) 2011.
“Mengenakan caj tambahan dalam transaksi ‘cashless’ menggunakan QR Code kepada pelanggan adalah salah di sisi undang-undang malah melanggar peraturan di bawah Akhap 2011.
