Tindakan terhadap menteri, pengerusi GLC serang rakan Kerajaan Perpaduan hak mutlak PM - Zahid

LocalPolitics
21 Jul 2026 • 12:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tindakan terhadap menteri, pengerusi GLC serang rakan Kerajaan Perpaduan hak mutlak PM - Zahid
Ahmad Zahid pada sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari imigresen ke 104, pada Selasa.

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan sebarang tindakan terhadap menteri, timbalan menteri atau pengerusi badan berkanun (GLC) yang menyerang rakan dalam Kerajaan Perpaduan ketika kempen pilihan raya negeri (PRN) merupakan hak mutlak Perdana Menteri.

Presiden UMNO itu berkata, kuasa melantik dan menentukan kedudukan anggota pentadbiran kerajaan adalah prerogatif Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kuasa pelantikan itu adalah hak mutlak Perdana Menteri. Jadi kalau Perdana Menteri mengesyaki ataupun dapat maklumat yang benar, itu adalah kuasa mutlak dan prerogatif Perdana Menteri," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari imigresen ke 104, di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas peringatan Anwar bahawa mana-mana menteri, timbalan menteri atau pemegang jawatan dalam agensi kerajaan yang menyerang rakan dalam Kerajaan Perpaduan ketika berkempen pada PRN perlu melepaskan jawatan.

Pada Ahad, Anwar berkata, mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan perlu menjaga disiplin dan mengelakkan daripada menyerang Kerajaan Persekutuan ketika berkempen kerana tindakan sedemikian boleh mencetuskan suasana politik yang tidak sihat.

Menurut beliau, perkara itu telah dibincangkan bersama kedua-dua Timbalan Perdana Menteri dan individu yang memilih untuk melanggar disiplin berkenaan perlu berundur daripada jawatan masing-masing.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved