Zahid tegaskan tiada keperluan menteri BN letak jawatan -“Kalau tak suka, pecat sajalah”

LocalPolitics
21 Jul 2026 • 6:48 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada keperluan untuk mana-mana menteri atau timbalan menteri daripada Barisan Nasional (BN) meletakkan jawatan susulan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Kedudukan menteri tertakluk kuasa PM

Memetik laporan daripada Buletin TV3, Zahid menyatakan, kedudukan lapan menteri dan tujuh timbalan menteri BN dalam Kerajaan Persekutuan adalah tertakluk sepenuhnya kepada kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Anwar yang mengingatkan menteri, timbalan menteri serta pemegang jawatan dalam agensi kerajaan agar tidak menggunakan kedudukan masing-masing untuk menyerang rakan dalam Kerajaan Persekutuan sepanjang tempoh berkempen.

Image from: Zahid tegaskan tiada keperluan menteri BN letak jawatan -“Kalau tak suka, pecat sajalah”

Foto: Bernama

Barisan Kabinet hak Perdana Menteri

Menurutnya pelantikan atau perubahan dalam barisan Kabinet merupakan hak Perdana Menteri sekiranya terdapat keperluan berbuat demikian.

Beliau turut menegaskan kenyataan yang dibuat ketika kempen PRN hanya melibatkan persaingan di peringkat negeri dan tidak menjejaskan kerjasama antara parti dalam Kerajaan Persekutuan.

“Tak payah suruh letak jawatan sebab yang melantik menteri-menteri ini Perdana Menteri. Kalau dia tak suka, pecat sajalah. Tapi takkan sampai hati nak pecat, kami semua bekerja dengan kuat, bekerja dengan cukup-cukup berjaya.
“Yang saya cakap tadi itulah yang dikeluarkan warna biru (BN). Ia kuasa-kuasa dia (Perdana Menteri). Ini kempen pilihan raya, di Putrajaya (Kerajaan Persekutuan) kita tak usik pun. Ini pilihan raya peringkat negeri,” katanya.

Image from: Zahid tegaskan tiada keperluan menteri BN letak jawatan -“Kalau tak suka, pecat sajalah”

Perkara tersebut dinyatakan sewaktu berucap pada Majlis Amanat Timbalan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sembilan di Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM) KEMAS Kampung Pantai, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata penyertaan pemimpin BN dalam Kerajaan Persekutuan membuktikan pengalaman parti itu dalam mentadbir negara.

Beliau yakin kerjasama dalam kerajaan perpaduan akan terus berjalan seperti biasa meskipun parti-parti terlibat bersaing dalam PRN di peringkat negeri.

Sumber: Buletin TV3 (Essa Abu Yamin)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved