Zahid jawab spekulasi tular, nafi dakwaan pertemuan BN, PN, GPS, GRS

LocalPolitics
21 Jul 2026 • 12:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Zahid jawab spekulasi tular, nafi dakwaan pertemuan BN, PN, GPS, GRS
Ahmad Zahid ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Sambutan Hari Imigresen kali ke-104, pada Selasa.

CYBERJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjawab spekulasi yang tular di media sosial mengenai dakwaan kononnya berlangsung satu pertemuan membabitkan BN, Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) jam 2 petang ini.

Tegas Pengerusi BN itu, beliau sendiri telah membuat semakan, namun tidak memperoleh sebarang maklumat berhubung dakwaan berkenaan.

"Saya tak tahu-menahu hal itu. Saya semak dengan Menteri Dalam Negeri pun mengikut sumber pun tak ada, tak tahu. Tak ada," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Sambutan Hari Imigresen kali ke-104, di sini pada Selasa.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved