Tinggal Seminggu Lagi Tarikh Majlis, Mimi Lana Dan Syafiq Kyle Batal Nikah?

Entertainment
12 Aug 2023 • 11:48 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Peminat industri hiburan tanah air semalam dikejutkan dengan berita pembatalan majlis kahwin pelakon Mimi Lana dan Syafiq Kyle yang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos ini.

Memetik laporan mStar, berita pembatalan majlis itu telah disahkan oleh wakil pengurusan artis tersebut iaitu Iman Tang.

image is not available

Difahamkan, Iman Tang telah menghantar mesej ringkas tentang pembatalan majlis pernikahan itu kepada jemputan khas dan tetamu majlis.

Sebab pembatalan majlis pernikahan dan resepsi Mimi Lana atau nama sebenarnya Mimi Roziana dengan Syafiq Kyle atau nama sebenarnya Muhammad Syafiq Shamim itu tidak didedahkan secara terperinci sebaliknya hanya dikatakan dibatalkan atas perkara yang tidak dapat dielakkan.

Untuk pengetahuan semua, majlis pernikahan dan resepsi pasangan tersebut bakal diadakan di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

Rata-rata netizen terkejut dengan berita tersebut kerana baru-baru ini, pelakon, Fazura dan bersama-sama beberapa rakan artis lagi yang rapat dengan Mimi Lana telah meraikan Mimi Lana dalam satu majlis bachelorette.

image is not available

Namun, ada juga netizen yang berspekulasi bahawa pasangan itu telah bernikah lebih awal pada malam semalam tapi sejauh mana kesahihan spekulasi tersebut tak dapat dipastikan.

Mimi Lana menerusi Instagram pula telah meluah perasaan semoga Allah memberi kekuatan untuk menempuh ujian.

image is not available

Apa-apa pun, sebagai peminat, doakan yang baik-baik saja untuk mereka berdua.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.