'Tinggal suami tak apa...' Watie Hanifiah kongsi tip kahwin duda ada cahaya mata, dedah rahsia hubungan rapat dengan anak tiri

Family & ParentingLifestyle
23 Sep 2026 • 3:11 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Tinggal suami tak apa...' Watie Hanifiah kongsi tip kahwin duda ada cahaya mata, dedah rahsia hubungan rapat dengan anak tiri

ISTERI pelawak Shuib, Watie Hanifiah memang menjadi contoh ibu tiri yang cukup menyayangi anak-anak tirinya. Baru-baru ini, usahawan itu berkongsi tip buat wanita yang merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan lelaki berstatus duda, khususnya dalam membina hubungan rapat bersama anak-anak pasangan.

Jelas Wati, dia terdahulu menerima banyak soalan daripada wanita yang ingin tahu cara mewujudkan hubungan harmoni dan keserasian dalam keluarga.

 

"Mummy dapat banyak DM orang minta tip bagaimana cara untuk rapat dan ambil hati apabila berkahwin dengan duda yang ada anak.

Image from: 'Tinggal suami tak apa...' Watie Hanifiah kongsi tip kahwin duda ada cahaya mata, dedah rahsia hubungan rapat dengan anak tiri

"Tip pertama ialah masa. 20 peratus masa bersama suami manakala 80 peratus lagi dengan anak-anak.

"Tips nombor dua, dalam 20 peratus masa bersama suami itu tetaplah selitkan anak-anak sekali.

"Tips nombor tiga, never leave your child dalam setiap program dan percutian. Tinggal suami tak apa," kongsinya.

Menerusi ruangan komen, warganet memuji ketulusan Watie dalam menyayangi anak-anak tirinya. Ujar mereka:

"Hebat mummy."

Image from: 'Tinggal suami tak apa...' Watie Hanifiah kongsi tip kahwin duda ada cahaya mata, dedah rahsia hubungan rapat dengan anak tiri

"Kagum dengan mummy, patutlah anak-anak sayang mummy."

Sekadar info, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 38, dan Shuib yang merupakan duda empat anak berkahwin pada 23 Jun 2023.

Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Akira Juwita Zahra pada 6 April 2026.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved