Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Aleya berkongsi insiden tingkap kaca tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang pecah.
Menurutnya disebabkan kejadian tersebut, dia berasa pening dan mamai.
Serpihan Kaca Bertaburan Atas Tempat Duduk & Lantai Koc
Menerusi foto dikongsi, kelihatan serpihan-serpihan kaca bertaburan atas tempat duduk dan lantai koc. Dalam masa sama, kelihatan juga lompong yang besar pada tingkap akibat kerosakan itu.
Difahamkan kejadian berlaku pada petang semalam (29 Oktober).
View on Threads
“Tengah Layan Mata Tiba-tiba Bunyi Macam Meletup” – Penumpang Tren
Menerusi ruangan balas, seorang lagi wanita yang mendakwa berada di tempat kejadian berkata dia terkejut selepas mendengar tingkap kaca itu secara tiba-tiba pecah dengan bunyi seakan-akan meletup yang kuat.
“Saya dan kawan betul-betul duduk sebelah kaca pecah tu. Tengah layan mata tau tiba-tiba bunyi macam meletup. Dah la kita penat baru balik kelas. Syukur la tak ada apa-apa. Terkejut sangat sebab kuat gila pecah tu. Kita dah gigil satu badan tadi,” dakwanya.
![Image from: Tingkap Tren Pecah Hingga Serpihan Kaca Terjatuh Atas Kepala Penumpang, KTMB Jalankan Siasatan Lanjut [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-30-at-09.18.19.jpeg)
Penumpang Hampir Nangis Kerana Terkejut, Turut Jadi Saksi Kaca Jatuh Atas Kepala Orang Lain
Sementara itu, seorang lagi penumpang yang didakwa berada berhampiran tempat kejadian berkata dia hampir menangis kerana terlalu terkejut dengan perkara yang berlaku. Jelasnya, kaca tingkap berkenaan turut terjatuh atas kepala penumpang yang berada di tempat duduk itu.
“Hadir yang duduk betul-betul belakang tu. Aku dah menjerit nak nangis dah haha tak sangka kena depan muka sendiri. Ada budak lelaki yang betul-betul kena dekat kepala dorang tu lagilah,” dakwanya.
View on Threads
View on Threads
KTMB Sahkan Insiden Tingkap Kaca Pecah, Akan Jalankan Siasatan Lanjut & Kenal Pasti Punca Sebenar Kejadian
Mengambil maklum perkara ini, KTMB menerusi hantaran balas mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian kerosakan tingkap di bahagian sisi kiri sebuah koc tren yang menghala ke Butterworth semalam.
KTMB berkata pihaknya memandang serius insiden ini selain berkata sedang menjalani siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian.
“Tindakan pembaikan terhadap tingkap yang mengalami kerosakan juga akan dilaksanakan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang sentiasa terpelihara.
“Keselamatan penumpang sentiasa menjadi keutamaan KTMB.
KTMB Nasihat Henti Perbuatan Vandalisme, Boleh Jadi Punca Kerosakan Harta Benda & Ancam Keselamatan
Dalam pada itu, KTMB turut mengingatkan orang ramai bahawa sebarang perbuatan vandalisme terhadap tren dan aset kereta api bukan sahaja boleh menyebabkan kerosakan harta benda, malah berpotensi mengancam keselamatan penumpang.
“KTMB akan terus memantau perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan hasil penelitian lanjut.”
“Nampak Macam Ada Yang Nak Sabotaj” – Netizen
Menjengah ke ruangan balas, sesetengah individu mengesyaki kejadian berlaku disebabkan ada individu yang membaling batu atau objek keras ke arah tingkap tersebut.
“Komuter KTM ada kamera litar tertutup (CCTV) atau dashcam tak? Cermin tren dua lapis sampai pecah macam tu memang nampak betul budak-budak yang baling batu kuat-kuat. Macam nak sabotaj pun ada. Kena tangkap budak-budak yang sengaja rosakkan harta benda awam ni,” dakwa seorang pengguna Threads.
Malah ada juga yang berkata KTMB wajar memberi pampasan atau ganti rugi kepada penumpang sementara menunggu siasatan selesai.
“Sementara cari punca tu bagi pampasan la dekat orang yang kena kaca tu,” tegur seorang lelaki.
“Masih Guna Koc Dengan Cermin Retak Seribu, Nak Tunggu Orang Saman Ke Baru Tambah Baik Servis?” – Netizen
Sementara itu, ramai juga menegur KTMB kerana masih membiarkan banyak tingkap berada dalam keadaan retak di kebanyakan koc tren yang lain.
“Memandang serius kejadian tapi masih pakai lagi koc dengan cermin retak seribu. Cakap biar serupa bikin. Tak kan nak tunggu ada kecederaan serius baru nak tambah baik standard koc yang masih boleh digunakan?
“Mentang-mentang pengguna masih buat aduan dengan berhemah. Nak tunggu orang saman ke baru nak tambah baik servis?” soal seorang individu.
Berikut antara komen-komen netizen:
![Image from: Tingkap Tren Pecah Hingga Serpihan Kaca Terjatuh Atas Kepala Penumpang, KTMB Jalankan Siasatan Lanjut [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/tingkap-kaca-ktm-pecah.jpeg)
![Image from: Tingkap Tren Pecah Hingga Serpihan Kaca Terjatuh Atas Kepala Penumpang, KTMB Jalankan Siasatan Lanjut [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/tingkap-kaca-ktm-pecah-2.jpeg)
![Image from: Tingkap Tren Pecah Hingga Serpihan Kaca Terjatuh Atas Kepala Penumpang, KTMB Jalankan Siasatan Lanjut [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/tingkap-kaca-ktm-pecah-3.jpeg)
![Image from: Tingkap Tren Pecah Hingga Serpihan Kaca Terjatuh Atas Kepala Penumpang, KTMB Jalankan Siasatan Lanjut [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/tingkap-ktm-pecah-4.jpeg)



