Tingkat kesedaran jaga kebersihan, kelestarian alam sekitar

LocalEnvironment
1 Oct 2026 • 12:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tingkat kesedaran jaga kebersihan, kelestarian alam sekitar

KOMUNITI di sekitar Pulau Santap, Janda Baik, Bentong, Pahang menyertai program pembersihan dan pemuliharaan alam sekitar sempena sambutan Hari Pembersihan Sedunia, barubaru ini. 

Program berkenaan bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

Ia adalah sebahagian daripada usaha Gadang Group dalam memupuk budaya menjaga alam sekitar serta meningkatkan  kesedaran mengenai amalan pengurusan sisa yang lebih bertanggungjawab dalam kalangan warga kerja dan komuniti.

Program berkenaan turut dihadiri Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman selaku tetamu kehormat dan wakil Persatuan Sahabat Alam Tampik yang berkongsi pengetahuan berkaitan pemuliharaan alam sekitar.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah kerja-kerja pembersihan kawasan dan inisiatif Oil-to-Cash yang menggalakkan pengumpulan minyak masak terpakai untuk dikitar semula serta memberi nilai tambah kepada bahan buangan. – UTUSAN

The post Tingkat kesedaran jaga kebersihan, kelestarian alam sekitar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved