“Tipu semua tu” – Tular Gambar Atas Pelamin, Sharnaaz Ahmad Nafi Sudah Bertunang

Entertainment
30 May 2023 • 4:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad telah menepis dakwaan ramai yang mengatakan bahawa dia telah menamatkan zaman dudanya apabila dia dilihat memuat naik foto di atas pelamin bersama seorang wanita di Instagram miliknya.

Mengulas lanjut tentang isu berkenaan, Sharnaaz berkata, perkongsian yang dimuat naik ke akaun Instagramnya itu hanyalah sekadar gurauan.

“Tipu semua itu. Tiada apa pun. Tiada kahwin atau apa-apa. Saya sedang bekerja sekarang ini,” jawabnya.

image is not available

Khabar angin tersebut menjadi bualan hangat netizen apabila mereka dilihat berpakaian sedondon iaitu biru muda sambil duduk di atas pelamin.

Bukan itu sahaja, anak lelaki Sharnaaz iaitu Jebat Jayden turut kelihatan dalam foto berkenaan serta mengenakan baju melayu biru sedondon dengan bapanya.

Apa yang menguatkan spekulasi netizen adalah, Sharnaaz turut menulis kapsyen menggunakan hashtag seolah-olah dia kini sudah bergelar suami.

image is not available

“Maaf bukan lagi duda pilihan anda,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, difahamkan, posting asal yang dimuat naik ke akaun Instagramnya itu telah pun dipadam selepas beberapa minit ia menjadi tular.

Terdahulu, hantaran yang dibuat oleh Sharnaaz telah mendapat perhatian apabila orang ramai mendakwa bahawa dia telah bertunang setelah dia dilihat mengenakan baju biru sedondon dan duduk di atas pelamin namun, posting itu telah dipadam selepas menjadi tular.

Ni dia penjelasan dari tuan badan sendiri..

Sumber : mStar, Xtra

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.