Tiru gaya Qualcomm, Dimensity 9000+ terima naik taraf minimum

Digital
22 Jun 2022 • 11:49 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Mediatek didapati mengikuti jejak langkah Nvidia apabila mengumumkan kemas kini cip pada separuh kitaran cip flagship yang telah dilancarkan sebelum ini. Dimensity 9000+ 5G membawakan naik taraf minimum, cukup untuk membuatkan nama mereka timbul semula dalam arena media massa.

Berdasarkan maklumat pelancaran yang dikongsikan, Dimensity 9000 Plus dinaikkan clockspeed kepada 3.2Ghz daripada 3.05Ghz. Clockspeed GPU tidak pula dikongsikan pengeluarnya, namun mereka katakan yang ia 5% lebih tinggi daripada sebelumnya.

image is not available
Vivo X80 adalah telefon Dimensity 9000 yang boleh anda dapatkan di Malaysia

Pada teras pemprosesan, ia terdiri daripada 3 kluster yang masing-masing akan menggalas tugasan tertentu. Kluster paling berkuasa adalah yang mengandungi Cortex-X2.Kluster pertengahan terdiri daripada 4 teras Cortex-A710 dan kluster jimat tenaga terdiri daripada teras A510 pada kelajuan pemproses 1.8Ghz.

Pemproses grafik cip ini dikendalikan Mali-G710 MC10. GPU ini satu generasi dihadapan Mali G78 yang menguasakan jabatan grafik pada cip Exynos 2100 siri Samsung Galaxy S21.

Lain-lain spesifikasi yang perlu anda tahu adalah seperti:

  • Sokongan Wi-Fi 6E 2X2
  • Sokongan LPDDR5X
  • Pemproses isyarat imej yang mampu rakam video 4K HDR daripada 3 kamera sekaligus
  • Sokongan sensor kamera sehingga 320MP

Antara telefon Dimensity 9000 yang boleh kita dapatkan di Malaysia adalah Vivo X80 yang berharga RM3,499. Seandainya telefon Dimensity 9000 Plus masuki Malaysia kelak, adakah harganya akan lebih tinggi?

Bacaan berkaitan