Seorang pelakon wanita yang pernah membintangi drama kepolisan terkenal tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini, dipercayai bagi menghadapi pertuduhan berhubung kes positif dadah.
Wanita berkenaan dilihat tiba di perkarangan kompleks mahkamah pada jam 8.49 pagi dengan memakai pakaian serba hitam serta pelitup muka.
Berita Harian Dia turut diiringi tiga pengawal peribadi ketika memasuki kawasan mahkamah.
Pelakon terbabit dipercayai hadir bagi menghadapi pertuduhan di Mahkamah Majistret Jenayah 1 berhubung kes tersebut.
Difahamkan, wanita berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sebelum ini, media melaporkan pelakon wanita terbabit ditahan selepas didapati positif tiga jenis dadah ketika berhibur di sebuah pusat hiburan tidak berlesen.
Bagaimanapun, dia kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

Terdahulu, pelakon berusia 40 tahun itu yang juga pernah menyertai rancangan realiti nyanyian dilaporkan ditahan di dalam sebuah bilik VIP bersama beberapa individu lain.
Ujian saringan awal mendapati pelakon tersebut positif amphetamine, methamphetamine dan ketamin.
Pemeriksaan ke atas premis berkenaan turut mendapati pengusahanya gagal mengemukakan lesen perniagaan yang sah.
Seramai 14 individu ditahan dalam serbuan itu, terdiri daripada penjaga premis, tujuh lelaki dan enam wanita. – Berita Harian
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pelakon Wanita 'Drama Kepolisan' Ditahan Positif Dadah
The post Tisha Shamsir Gerak Khas 2.0 Mengaku Tak Bersalah Miliki Dad*h, Hadir Ke Mahkamah Diiringi Tiga ‘Bodyguard’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






