Titik terendah, hilang dua anak dalam nahas selang 7 bulan

7 Oct 2026 • 4:02 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Titik terendah, hilang dua anak dalam nahas selang 7 bulan

KUALA TERENGGANU – Keluarga Ahmad Azhar Mohamad Yusof, 59, yang masih berduka kehilangan anak sulung akibat kemalangan pada tujuh bulan lalu sekali lagi diuji kematian anak kedua juga menerusi insiden sama semalam.

Ahmad Azhar berkata, pemergian anak kedua, Ahmad Areesy Zafreen Ahmad Azhar,16, yang merupakan pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal juga akibat nahas sewaktu bermotosikal meletakkan keluarganya dalam titik terendah.

Dia berkata, kemalangan sama juga menyebabkan anak ketiganya daripada lima beradik, Aireen Areesya Zazreen, 12, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) pembelajaran mengalami kecederaan pada bahagian mata.

“Tujuh bulan lalu Along (Ahmad Azreeq) meninggalkan kami dalam nahas sewaktu bermotosikal di Besut. Semalam (kelmarin) Angah (Ahmad Areesy Zafreen) pula.

“Isteri saya (Zaleha Awang 47,) seakan sudah hilang semangat hadapi ujian ini. Sebelum ini, dia pernah bercuti tanpa gaji sebagai jururawat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selama empat bulan terkenang kehilangan Along,” katanya ketika ditemui di pekarangan Rumah Mayat HSNZ, di sini, hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan Ahmad Areesy Zafreen maut manakala tiga lain termasuk adik perempuannya Aireen Areesya Zazreen cedera dalam kemalangan melibatkan tiga motosikal di Jalan Sungai Buaya, Kampung Batin, Seberang Takir, Kuala Nerus.

Mengimbas semula kemalangan kelmarin, Ahmad Azhar berkata, sewaktu kejadian, Ahmad Areesy Zafreen membawa adiknya, Aireen Areesya Zazreen membuang sampah sambil bersiar-siar dengan menaiki motosikal Modenas Kriss pada pukul 5 petang. – KOSMO! ONLINE

The post Titik terendah, hilang dua anak dalam nahas selang 7 bulan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved