Adnex peroleh kontrak kerja pengubahsuaian pejabat bangunan Bursa Malaysia selama 3 bulan

LocalBusiness & Finance
2 Oct 2026 • 2:20 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Adnex peroleh kontrak kerja pengubahsuaian pejabat bangunan Bursa Malaysia selama 3 bulan Image from: Adnex peroleh kontrak kerja pengubahsuaian pejabat bangunan Bursa Malaysia selama 3 bulan amree02/10/2026 - 14:20 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 2 Okt — Adnex Group Berhad menerusi anak syarikat milik penuhnya, memperoleh kontrak  RM14.19 juta daripada Bursa Malaysia Bhd bagi kerja pengubahsuaian pejabat di Exchange Square.

 

Projek baharu itu dilihat memberi ruang kepada kumpulan memperluas buku tempahan menerusi bidang pengubahsuaian, selain menyokong sumbangan kepada hasil dan pendapatan pada masa depan.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata, subsidiarinya, Adnex Interior Solution Sdn Bhd menerima tempahan pembelian tersebut daripada Bursa Malaysia pada 2 Oktober 2026.

 

"Kerja pengubahsuaian berkenaan melibatkan Aras 6, 14 dan 15 Bangunan Utama Exchange Square, dengan tempoh pelaksanaan dianggarkan selama tiga bulan," jelas Adnex menerusi kenyataan itu.

 

Jelasnya, projek tersebut disasarkan siap menjelang suku keempat 2026, dan perolehan tender itu selari dengan usaha berterusan kumpulan meraih projek baharu dan mengembangkan buku tempahan.

 

Bursa Malaysia_DagangNews2026

 

Sekiranya tiada keadaan luar jangka ujarnya, kerja pengubahsuaian tersebut dijangka dapat memberi sumbangan yang positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan berkenaan sendiri.

 

Adnex berkata projek itu merupakan sebahagian aktiviti perniagaan biasa Adnex Interior, dengan risiko yang terlibat disifatkan sebagai risiko operasi biasa bagi isu kerja pengubahsuaian.

 

"Dari segi kewangan, projek berkenaan dijangka tidak memberi sebarang kesan terhadap modal saham atau pegangan saham pemegang saham utama kumpulan tersebut," katanya lagi.

 

Tambahan pula, kerja berkenaan juga tidak memerlukan kelulusan pemegang saham atau pihak berkuasa kawal selia lain kerana ia dilaksanakan dalam perjalanan biasa perniagaan kumpulan.

 

Lembaga Pengarah Adnex berpandangan penerimaan tender itu adalah demi kepentingan terbaik syarikat, manakala tiada pengarah, pemegang saham utama atau pihak berkaitan mempunyai kepentingan langsung atau tidak langsung dalam projek tersebut. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved