“Titik Terendah…” Isteri MA Maut Dalam Nahas Helikopter FDS Kongsi Foto Terakhir Sekeluarga

10 Sep 2026 • 1:24 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

“Titik Terendah…” Isteri MA Maut Dalam Nahas Helikopter FDS Kongsi Foto Terakhir Sekeluarga

Berita mengenai nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) pada Selasa pastinya mengundang rasa pilu dalam kalangan orang ramai.

Namun, kesedihan itu tentu jauh lebih berat buat keluarga yang kehilangan insan tersayang dalam tragedi berkenaan.

Antara yang berkongsi luahan pilu ialah Stephanie Essah, isteri kepada Pembantu Pegawai Perubatan (MA), Alexson Adit Henry, 31, yang maut dalam nahas helikopter tersebut.

"Titik terendah. Saya kehilangan suami, anak-anak saya kehilangan ayah. Saya tak sanggup kehilangan dia.

"Kenapa saya perlu hadapi semua ini? Boleh tak kamu balik semula kepada saya sayang? Saya dah rindu," luahnya dalam satu hantaran di Threads.

Dalam hantaran berasingan, Stephanie turut berkongsi foto mereka sekeluarga, yang turut memaparkan Alexson memakai jubah graduasi sambil memegang skrol.

Menurut Stephanie, foto yang membabitkan dirinya, suami serta dua anak mereka iaitu Candy dan Ivan itu merupakan foto terakhir mereka bersama-sama.

"Foto terakhir kami sekeluarga bersama-sama. Terima kasih untuk semuanya sayang. Ketahuilah, saya akan sentiasa sayang awak, begitu juga anak kita.

"Candy dan Ivan sangat sayangkan awak. Mereka sangat bangga ada ayah macam awak, hero sebenar kami.

"Terbang tinggi dan berehatlah. Jumpa di kehidupan lain. Sayang, mummy!" luahnya.

Stephanie Essah Kongsi Foto Terakhir Sekeluarga

Perkongsian menyayat hati itu turut meraih simpati warga maya yang turut meninggalkan ucapan takziah dan kata-kata semangat kepada Stephanie serta keluarganya.

Antaranya, @nur_iman086 yang berkata dia mengirim pelukan dari jauh, disamping turut meluahkan dirinya serta rakan sekerja lain turut merasai kehilangan itu.

Image from: “Titik Terendah…” Isteri MA Maut Dalam Nahas Helikopter FDS Kongsi Foto Terakhir Sekeluarga

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna @tintagadis meminta Stephanie untuk menangis sepuasnya kerana perkataan sahaja tidak mampu membayangkan kesakitan yang dia alami.

Image from: “Titik Terendah…” Isteri MA Maut Dalam Nahas Helikopter FDS Kongsi Foto Terakhir Sekeluarga

Terdahulu, helikopter yang dinaiki Alexson terhempas berhampiran pangkalan udara Long Lellang di Ulu Baram, Sarawak turut mengorbankan empat mangsa lain.

Mangsa termasuk juruterbang syarikat Layang-Layang Aerospace, Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33, serta dua Jururawat Masyarakat (SN) Debra Moset , 40, dan Jessie Paya Jok, 44.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved